PROGRAM PENCARIAN BAKAT MURID 2020
PSS telah menganjurkan Program Pencarian Bakat Murid untuk mengasah bakat dan mencari murid yang mempunyai bakat yang boleh ditonjolkan. Program telah dilancarkan pada 27 September 2020 oleh Tn Guru Besar, En Mohamad Sabri bin Abu Bakar. Program ini berlangsung selama hampir sebulan iaitu ia berakhir pada 29 Oktober 2020. Antara aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan ialah Pidato, bercerita, pantun dan menyampaikan berita.