SALAM SEJAHTERA
Syukur ke hadrat Allah Taala kerana memberi kita peluang untuk terus merasai nikmatNya. Terima kasih kepada semua guru, staf dan murid-murid SK Tengkawang di atas sokongan dan komitmen yang diberikan kepada PSS SK Tengkawang.
Blog PSS Al-Farabi diwujudkan untuk membolehkan guru-guru, murid-murid dan semua warga sekolah untuk merujuk bahan bacaan yang ada dalam PSS SK Tengkawang.
Semoga blog ini dapat memberi manfaat sebaik mungkin agar murid-murid terus mendapat ilmu melalui bahan bacaan maya atau secara fizikal.
Sekian, terima kasih.
(MOHAMAD SABRI BIN ABU BAKAR)
GURU BESAR
SK TENGKAWANG
